3) KHASIAT MADU UNTUK LELAKI

Madu Lebah & Kesihatan Reproduktif Lelaki
Oleh: Dr Mohaneem Mohamed,Pensyarah kanan Jbtn Fisiologi-USM

Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak @ zuriat. Pada lelaki organ reproduktif lelaki yang penting adalah testis, epididimis,kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen & zakar.

Di india, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan ‘Mead’ & terdapat amalan oleh pengantin lelaki & perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia pula, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah di ambil bersama bahan lain seperti buah kemiri, bawang merah, rempah ketumbar & telur ayam.

  • Ia dipercayai untuk meningkatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.

kelebihan madu tualang dikuatkan lagi melalui kajian ke atas tikus jantan normal yang telah menunjukkan bahawa:

  • Pemberian madu dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3 dan 4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma.

Kajian dijalankan pada tikus jantan yang didedahkan kepada asap rokok pula, hasilnya:

  • Pemberian madu tualang dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan sperma kepada tikus betina (mengawan) dan seterusnya berupaya menghasilkan anak.
  • Peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal.
  • Paras antioksidan di dalam testis tikus meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang.
  • Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksid asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.

Bad Behavior has blocked 1 access attempts in the last 7 days.